Perhimpunan Bulanan Sebagai Platform Rasmi Meningkatkan Integriti Dan Meraikan Pengiktirafan Warga Kerja Jabatan

Perhimpunan Bulanan Sebagai Platform Rasmi Meningkatkan Integriti Dan Meraikan Pengiktirafan Warga Kerja Jabatan

Disediakan oleh : NZS, JBSN Sarawak 

BETONG, 13 APRIL 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS) telah mengadakan perhimpunan bulanan bilangan 2 tahun 2026 pada 8 April 2026 bertempat di Auditorium, Kompleks Belia dan Sukan Sarawak (KOMBES). Perhimpunan pada kali ini telah dikelolakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak (PJS).

Semasa perhimpunan tersebut, Yang Berusaha Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menyampaikan kata-kata amanat. Beliau amat menggalakkan semua warga kerja jabatan sentiasa menerapkan semangat kerjasama berpasukan dalam melaksanakan tugasan. Ia melibatkan perkongsian idea, pembahagian tugas, sokongan antara ahli pasukan untuk mencapai prestasi optimum kerana ia merupakan tonggak utama kejayaan sesebuah organisasi.

Beliau turut mengingatkan kepada semua agar sentiasa mematuhi arahan perbelanjaan berhemah kerajaan. Ini merujuk kepada langkah berjimat cermat dalam mengurus kewangan awam bagi memastikan sumber negara diurus secara cekap. Pendekatan ini penting untuk mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam menangani cabaran ekonomi global.

Turut diadakan ialah majlis penyampaian sijil Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan untuk bulan Januari sehingga Mac 2026, pemakluman pertukaran keluar/ masuk serta penempatan di jabatan dan meraikan hari ulang tahun kelahiran warga kerja JBSNS, PJS dan ROY bagi bulan Januari sehingga April 2026.

Perhimpunan pada Kali ini telah diadakan secara hibrid iaitu bersemuka di ibu pejabat dan juga dalam talian untuk warga kerja di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian. Semua Ketua Pejabat Belia dan Sukan Bahagian turut hadir ke perhimpunan ini secara bersemuka.

 

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search