- JBS Sarawak
- Hits: 43
Majlis Perasmian Pesta Kaul Oya Edisi 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 43
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 13 APRIL 2026 – Majlis Perasmian Pesta Kaul Oya Edisi 2026 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.56 Dalat pada 11 April 2026 bertempat di Tapak Kaul Oya.
Pejabat Belia dan Sukan turut dijemput hadir ke majlis tersebut dan telah dihadiri Puan Noorlina Mirais bersama Puan Hatijah Halidi , mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Hadir sama mengiringi Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah ialah Penghulu Pawi Ramli merangkap Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Induk Kaul Oya Edisi 2026. Majlis turut diserikan dengan Persembahan Kebudayaan seterusnya lawatan ke Gerai Komuniti Pesta Kaul Oya 2026.
