Berkumpul Bagai Aur Dengan Tebing

Berkumpul Bagai Aur Dengan Tebing

Berkumpul Bagai Aur Dengan Tebing
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 10 April 2026 – Pegawai dan kakitangan PBSB Kuching turut menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak pada 8 April 2026 bertempat di auditorium KOMBES. Perhimpunan berlangsung dalam suasana penuh semangat dan harmoni dalam kalangan warga Jabatan yang diadakan secara fizikal dan atas talian mencerminkan kesepakatan ibarat bagai aur dengan tebing, saling menyokong antara satu sama lain.

Amanat yang disampaikan, Encik Lamat Nyalau, Pengarah JBS Negeri Sarawak menekankan kepentingan perpaduan dan kerjasama berpasukan dalam mencapai matlamat organisasi. Perubahan pucuk pimpinan atasan membawa cabaran hala tuju yang berbeza namun masih mengekalkan misi utama Jabatan iaitu melahirkan generasi belia yang berdaya saing, berakhlak mulia dan berdaya tahan. Beliau turut memperingatkan agar semua pejabat membuat perbelanjaan berhemah dengan memastikan pengurusan kewangan yang teratur dan berkesan bagi mengelakkan pembaziran.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanDemokrasi

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search