- JBS Sarawak
- Hits: 38
Majlis Perpisahan Encik Naim bersempena Majlis Perhimpunan Bulanan JBSN Sarawak 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 38
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 8 April 2026 – Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang berlangsung pada 8 April 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah diserikan dengan Majlis Khas Perpisahan Encik Muhd Naim Bin Abdul Nasir, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Bahagian Pembangunan Belia. Beliau akan bertukar ke IKBN Bandar Penawar, Johor berkuat kuasa 13 April 2026.
Sepanjang hampir 10 tahun perkhidmatan sejak tahun 2017 di JBSN Sarawak, beliau telah memberikan komitmen yang tinggi serta sumbangan yang signifikan dalam pembangunan belia dan sukan di negeri ini.
Majlis disempurnakan oleh Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah JBSN Sarawak. Turut hadir ialah Encik Mohd Azizi Bin Johari, Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak, Puan Hafizah Binti Dahlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda serta Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan.
Majlis anjuran Bahagian Pembangunan Sukan dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak ini turut dihadiri Pegawai Belia dan Sukan Bahagian. Dalam ucapan yang disampaikan, jasa dan sumbangan Encik Mohd Naim sepanjang perkhidmatan beliau di Sarawak amat dihargai serta akan sentiasa dikenang.
Pihak jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sokongan, komitmen serta kebersamaan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Semoga Encik Muhd Naim terus berjaya di tempat baharu dan sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
