- JBS Sarawak
- Hits: 37
Perhimpunan Bulanan JBSN Sarawak 2026 Bil. 2/2026
- JBS Sarawak
- Hits: 37
Disediakan oleh:RJH, JBSN Sarawak
Kuching, 8 April 2026-
Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bagi April 2026 telah berlangsung pada 8 April 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak anjuran Bahagian Pembangunan Sukan dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak bertemakan Hari Raya Aidilfitri, menampilkan pengisian atur cara yang padat dan tersusun.
Majlis dimulakan dengan amanat oleh Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah JBSN Sarawak yang menyentuh hala tuju jabatan dan penekanan terhadap prestasi kerja.
Majlis diserikan dengan pengumuman serta sesi pengenalan pertukaran keluar dan masuk pegawai serta kakitangan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak.
Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan sebagai penghargaan kepada warga kerja cemerlang.
Kemuncak majlis ialah Majlis Khas Perpisahan Encik Mohd Naim Bin Abdul Nasir yang akan bertukar ke IKBN Bandar Penawar, Johor berkuat kuasa 13 April 2026.
Majlis diakhiri dengan sambutan hari lahir warga jabatan serta sesi bergambar sebagai kenangan bersama.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
