- JBS Sarawak
- Hits: 18
MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM RAKAN BUMI : PROJEK PLANET RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan Oleh : Zulfadhli, JBSN Sarawak.
SARIKEI, 06 April 2026 – Satu mesyuarat Jawatankuasa Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 telah diadakan di bilik mesyuarat Sarikei Innovation Centre (SIC) bagi membincangkan perancangan dan pelaksanaan program tersebut.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. En Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah membincangkan beberapa perkara utama termasuk tarikh dan lokasi program, pengisian aktiviti seperti gotong-royong, penanaman pokok serta pameran kesedaran alam sekitar, Eco Advanture selain pembahagian tugas dalam kalangan ahli jawatankuasa.
Menurut pengerusi, program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia terhadap kepentingan memelihara alam sekitar serta memupuk sikap bertanggungjawab terhadap kelestarian bumi yang dijangka akan berlangsung pada 25 April 2026 bertempat di Taman Lalu Lintas, Majlis Daerah Sarikei, Kampung Seberang Sarikei.
Mesyuarat diakhiri dengan persetujuan semua ahli jawatankuasa untuk bekerjasama memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
