- JBS Sarawak
- Hits: 27
Pegawai PBSB Miri Terampil SKM Tahap 3 - Pelaksanaan Kerja Belia
- JBS Sarawak
- Hits: 27
Disediakan oleh: Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 2 April 2026 – Selepas sesi verifikasi Puan Stephanie Wendy dan Encik Roger Danny, dua orang lagi calon dari PBSB Miri iaitu Cik Amy Noryanti biti Eni dan Puan Magdline anak Eddie Saga turut terampil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bidang Pelaksanaan Kerja Belia. Sesi verifikasi akhir bagi persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bidang Pelaksanaan Kerja Belia dua orang calon tersebut telah dilaksanakan secara atas talian oleh Pegawai Pengesah Luaran (PPL), Mohd Hazan bin Hj. Dahari, Pengarah APBM Port Dickson.
Prosedur verifikasi ini merupakan syarat wajib yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi mengesahkan kompetensi calon melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Sepanjang sesi penilaian, aspek pengetahuan teknikal serta bukti keterampilan pengalaman kerja calon telah disemak secara terperinci bagi memastikan pematuhan terhadap Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Penyelesaian sesi verifikasi ini menyumbang kepada peningkatan jumlah pegawai yang memiliki persijilan profesional di setiap dearah, sekaligus mendukung objektif jabatan dalam memantapkan kualiti penyampaian perkhidmatan pembangunan belia di bahagian ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbmiri
