- JBS Sarawak
- Hits: 43
MESYUARAT PENGURUSAN BILANGAN 2/2026 PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 43
Disediakan Oleh : Zulfadhli, JBSN Sarawak.
SARIKEI, 02 April 2026 - Mesyuarat Pengurusan Bil. 2/2026 Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah diadakan di Bilik Mesyuarat 3, Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak, Bahagian Sarikei. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh semua kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Dalam ucapannya, pengerusi menekankan kepentingan meningkatkan prestasi kerja, memperkukuhkan disiplin serta mengamalkan budaya kerja berpasukan bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Mesyuarat turut membincangkan beberapa perkara penting termasuk status pelaksanaan program semasa, perancangan aktiviti bagi tahun 2026, pengurusan kewangan, serta aspek pentadbiran pejabat. Semua kakitangan diingatkan agar sentiasa memastikan setiap tugasan dilaksanakan mengikut perancangan dan garis panduan yang ditetapkan.
Mesyuarat diakhiri dengan harapan agar semua kakitangan terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat khususnya golongan belia di Bahagian Sarikei.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
