- JBS Sarawak
- Hits: 34
LAWATAN TAPAK PROGRAM RAKAN BUMI : PROJEK PLANET RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 34
Disediakan Oleh : Zulfadhli, JBSN Sarawak.
SARIKEI, 01 April 2026 – Satu lawatan tapak bagi Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak 2026 telah diadakan di Taman Lalu Lintas Majlis Daerah Sarikei, Kampung Seberang.
Lawatan ini bertujuan bagi meninjau kesesuaian lokasi, kemudahan sedia ada serta aspek keselamatan sebagai persediaan pelaksanaan program tersebut. Melalui lawatan ini, beberapa perkara penting telah diberi perhatian termasuk keperluan logistik, susun atur kawasan program serta langkah-langkah keselamatan bagi memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.
Program Rakan Bumi ini bertujuan meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan belia melalui pelaksanaan aktiviti seperti gotong-royong, penanaman pokok serta amalan penjagaan alam sekitar secara berterusan.Program ini dijangka memberi impak positif kepada komuniti setempat di samping memupuk nilai tanggungjawab dan amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan generasi muda.
Secara keseluruhannya, lawatan tapak ini merupakan langkah awal yang penting dalam memastikan Program Rakan Bumi dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
