- JBS Sarawak
- Hits: 51
Persediaan Penganjuran Sukan Tradisional Kapit Cultural Festival 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 51
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 2 April 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama Urusetia Induk Kapit Cultural Festival (KCF) 2026, Pejabat Daerah Kapit, dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) Bahagian Kapit, baru-baru ini.
Sesi libat urus ini memfokuskan kepada penyelarasan tugas dan perancangan teknikal bagi penganjuran Pertandingan Tarik Tali dan Pertandingan Menyumpit. Acara sukan berteraskan kebudayaan dan kekuatan fizikal ini dijangka menjadi antara tarikan utama bagi memeriahkan lagi sambutan festival tersebut.
Sinergi erat antara pelbagai agensi kerajaan di peringkat bahagian ini membuktikan kesepakatan yang jitu dalam memastikan kelancaran penganjuran acara, di samping menyediakan garis panduan pertandingan yang teratur dan selamat untuk para peserta.
Kapit Cultural Festival 2026 dijadualkan bakal berlangsung secara gilang-gemilang dari 17 hingga 24 Mei 2026 bertempat di Town Square Kapit. Penglibatan PBSB Kapit dalam festival ini mencerminkan sokongan berterusan jabatan dalam memartabatkan warisan sukan tradisional tempatan, selain mempromosikan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#pbsbkapit
