- JBS Sarawak
- Hits: 36
PBSB Kapit Perkukuh Strategi Suku Kedua Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 36
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 2 April 2026 – Bagi memastikan momentum penyampaian perkhidmatan terus berada pada tahap optimum, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Kapit telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bilangan 2 Tahun 2026. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, Puan Olivia Kaminis ini melibatkan penyertaan semua pegawai dan kakitangan bagi menyelaraskan gerak kerja pejabat melangkah ke suku kedua tahun ini.
Agenda utama perbincangan tertumpu kepada pembentangan laporan pencapaian serta pascanilai program-program pembangunan belia, sukan, dan inisiatif Rakan Muda yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang suku pertama. Selain itu, penekanan turut diberikan kepada aspek pengurusan pentadbiran dan pemantauan kewangan bagi memastikan setiap peruntukan diuruskan secara berhemah, telus, dan mematuhi tata kelola kerajaan.
Sesi mesyuarat ini juga menjadi platform penting untuk memperhalusi perancangan takwim akan datang. Ini termasuklah persiapan awal dan penyelarasan tugas bagi menyokong penganjuran program-program utama yang bakal berlangsung di Bahagian Kapit pada masa terdekat.
Komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh warga kerja PBSB Kapit menerusi platform pengurusan ini mencerminkan kesungguhan jabatan untuk terus memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada golongan sasar di bahagian ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#RakanMuda
#PBSBKapit
