Kunjungan Hormat Kelab Belia Pertiwi Jalan Satok Perkukuh Penganjuran Satok Youth Festival 2026

Kunjungan Hormat Kelab Belia Pertiwi Jalan Satok Perkukuh Penganjuran Satok Youth Festival 2026


Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak

KUCHING, 31 Mac 2026– Kelab Belia Pertiwi Jalan Satok telah mengadakan kunjungan hormat kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak sebagai usaha memperkukuh perancangan program belia yang bakal dianjurkan tahun ini.
Delegasi diketuai oleh Muhammad Syafiq bersama Muhammad Zharif Azhari.
Kunjungan ini telah disambut oleh Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak yang menyatakan sokongan terhadap inisiatif pembangunan belia di kawasan Satok.
Tujuan utama kunjungan adalah bagi membentangkan cadangan penganjuran Satok Youth Festival serta Jumaani Ekiden Race, yang dijangka menjadi platform menghimpunkan belia dalam aktiviti sihat dan berimpak tinggi.
Program ini turut menekankan elemen kesukanan, kepimpinan serta penglibatan komuniti setempat.
Pihak jabatan menyambut baik cadangan tersebut dan bersedia memberikan kerjasama strategik bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Inisiatif ini dilihat mampu memperkasa peranan belia serta menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat khususnya di kawasan Satok.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search