- JBS Sarawak
- Hits: 34
MAJLIS TADARUS AL-QURAN MASJID BAHAGIA KAMPUNG BAKONG,LINGGA
- JBS Sarawak
- Hits: 34
Disediakan oleh: Howard B.R, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 11 Mac 2026 – Seperti kebiasaan bulan Ramadan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak melalui Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman turut menganjurkan program Rakan Muda Ramadan. Program ikonik JBSN ini diadakan sebagai satu pengisian aktiviti bermanfaat pada bulan yang mulia dan penuh keberkatan. Seramai 25 orang peserta telah terlibat dalam aktiviti tadarus bermula 03 hingga 12 Mac 2026 bertempat di Masjid Bahagia Kampung Bakong,Lingga. Penglibatan anak muda dalam tadarus ini dapat membentuk sahsiah diri di samping mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah. Selain daripada mengeratkan hubungan silaturahim, program ini juga dapat membentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
