- JBS Sarawak
- Hits: 32
Rakan Muda Ramadan bersama warga SMK Lingga
- JBS Sarawak
- Hits: 32
Disediakan Oleh : Howard B.R, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 10 Mac 2026 – Rakan Muda Ramadan (RMR) dilaksanakan saban tahun di bulan Ramadan di masjid atau surau yang terpilih di setiap Bahagian. Pada tahun ini Surau SMK Lingga , merupakan salah satu lokasi pelaksanaan program RMR bagi Bahagian Sri Aman. Bermula dari 02 hingga 11 Mac 2026 yang lalu seramai 93 peserta yang berumur dari 14 hingga 30 tahun telah menyertai aktiviti tadarus Al-Quran. Mereka telah dibimbing oleh jurutunjuk yang dilantik oleh pihak pengurusan masjid. RMR ini membawa satu tujuan utama iaitu mengimarahkan bulan Ramadan dengan pengisian kerohanian, serta membangunkan sahsiah seimbang melalui pendekatan inklusif.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
