Randau Bersama YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia

Randau Bersama YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia

Randau Bersama YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 31 Mac 2026 – Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah mengadakan lawatan rasmi ke Negeri Sarawak pada 26 Mac 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. YB Timbalan telah mengadakan sesi randau  bersama Ketua-Ketua Bahagian di ibu pejabat JBSN Sarawak dan semua Pegawai Belia dan Sukan di PBS Bahagian di seluruh Negeri Sarawak secara hybrid.

Menerusi sesi dialog ini, YB Timbalan Menteri berhasrat untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan daripada PBS Bahagian secara terus serta mendengar idea serta pandangan bagi menambah baik dasar, program pembangunan belia di semua Bahagian. Secara tidak langsung, dialog ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan komunikasi di antara YB Timbalan Menteri dengan pegawai-pegawai yang berkhidmat di setiap Bahagian.

Sebelum itu, YB Timbalan Menteri mengadakan sesi dialog bersama Kelab Belia dan Sukan yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Sarawak di sebelah pagi.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanDemokrasi

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search