Kunjungan Hormat Sarawak Aerobig Day 2026 Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama JBS Sarawak

Kunjungan Hormat Sarawak Aerobig Day 2026 Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama JBS Sarawak

Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak

Kuching, 30 Mac 2026 - Kunjungan hormat Sarawak AeroBig Day 2026 telah diadakan ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam pembangunan belia dan sukan di negeri ini. Delegasi Sarawak AeroBig Day diketuai oleh Encik Jeffery Ngui, Pengasas Bantu Sarawak, Projek Noah’s Ark serta inisiatif Sarawak AeroBig Day.

Kunjungan ini telah disambut oleh Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, bersama Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan.

Perbincangan tertumpu kepada potensi kolaborasi dalam penganjuran program berimpak tinggi yang mampu menarik penyertaan belia serta mempromosikan gaya hidup aktif.

Selain itu, kunjungan ini turut mencadangkan peranan Jabatan sebagai rakan strategik utama bagi menjayakan Sarawak AeroBig Day 2026. Tuan Lamat Anak Nyalau juga dicadangkan sebagai penasihat program, selaras dengan kepakaran dan pengalaman beliau dalam pembangunan sukan negeri.

Inisiatif ini diharapkan dapat memperkasa penglibatan komuniti serta menyumbang kepada pembangunan ekosistem sukan yang lebih dinamik di Sarawak.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search