- JBS Sarawak
- Hits: 43
Sambutan Aidilfitri Eratkan Silaturahim Warga Bintulu
- JBS Sarawak
- Hits: 43
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 30 MAC 2026: Satu majlis ramah tamah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri telah berlangsung dengan penuh meriah dan harmoni, menghimpunkan masyarakat setempat tanpa mengira latar belakang. Majlis yang diadakan di dewan komuniti itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, mewakili premier sarawak, bagi meluangkan masa beramah mesra bersama para hadirin. Encik Jeremy Anak Luguh, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu turut memenuhi jemputan tersebut.
Pelbagai juadah tradisional seperti rendang, ketupat dan lemang disajikan, menambahkan lagi suasana kemeriahan. Selain itu, acara turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan sesi beramah mesra yang mengeratkan hubungan silaturahim antara hadirin.
Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan mengekalkan perpaduan serta semangat muhibah dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, selaras dengan semangat Aidilfitri. Penganjuran majlis ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan perayaan, malah menjadi platform untuk memupuk keharmonian dan kerjasama dalam komuniti.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
