- JBS Sarawak
- Hits: 35
Abg Hakimi Syarizal Bin Abg Jasmani wakil Bahagian Bintulu ke Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 35
Disediakan oleh: LBJ, JBSN Sarawak
BINTULU, 30 MAC 2026 –Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sarawak bagi tahun 2026 Masihi bersamaan 1447 Hijjrah telah berlangsung di Masjid AL-Malik, Taman Unigarden, kota Samarahan.
Antara pengisian program pada majlis tersebut adalah Program Khatam AL-Quran yang disertai oleh peserta dari setiap bahagian. Abg Hakimi Syarizal Bin Abg Jasmani wakil Bahagian Bintulu bagi menjayakan program tersebut.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hjh. Rubiah Binti Hj. Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Merangkap Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBrs. Tuan Muazamir Bin Hj. Jili, mewakili Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Srawak.
Secara keseluruhannya, program tersebut bukan sahaja berjaya menghidupkan suasana Ramadan, malah turut memperkukuhkan peranan belia dalam memakmurkan institusi masjid sebagai pusat pembangunan ummah.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
