- JBS Sarawak
- Hits: 46
KEJOHANAN XIANG QI 2026 BAHAGIAN KUCHING, SAMARAHAN DAN SERIAN
- JBS Sarawak
- Hits: 46
Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 29 MARCH 2026 – Persatuan Xiang Qi Bahagian Samarahan dengan kerjasama Persatuan Xiang Qi Bahagian Samarahan telah mengadakan Kejohanan Xiang Qi Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian bertempat di Kuching Sentral.
Kejohanan Xiang Qi merujuk kepada pertandingan yang melibatkan permainan Xiangqi (juga dikenali sebagai catur Cina). Xiangqi adalah permainan papan tradisional yang popular di China dan beberapa negara Asia lainnya. Ia mempunyai beberapa persamaan dengan catur Barat, tetapi mempunyai peraturan dan papan permainan yang berbeza. Seramai 109 peserta telah menyertai kejohanan ini. Antara kategori yang dipertandingan adalah kategori bawah 9 tahun (lelaki/perempuan), Kategori bawah 12 tahun (lelaki/perempuan), Kategori 18 tahun lelaki, Kategori Non-Chinese terbuka dan Ketegori Terbuka (lelaki/perempuan). Pertandingan telah berlansung selama 2 hari iaitu 28-29 March 2026. Kejohanan ini telah menerima bantuan Dana dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak melalui Dana Sukan Komuniti (DSK) KBS Peringkat Negeri Sarawak.
Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Yap Yau Sin, ADUN N.12 Kota Sentosa turut hadir adalah Dato Thomas Ngu Sing Hieng, Puan Liew Sin Hua - Pengerusi Persatuan Xiang Qi Samarahan, Encik Mark Leroy wakil Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan, Puan Elaine Lau Yee wakil Dato Lau Sie Lok.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
