KOTA SAMARAHAN MERIAH: PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK BERLANGSUNG JAYA

KOTA SAMARAHAN MERIAH: PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK BERLANGSUNG JAYA

Disediakan Oleh: NL

SAMARAHAN, 13 Mac 2026 – Suasana di Masjid Al-Malik, Taman Unigarden hari ini bergema dengan semangat keagamaan dan kesukarelawan apabila terpilih menjadi lokasi kemuncak Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026.

Majlis yang berlangsung penuh meriah ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat En. Mu’azamir Bin Hj. Jili, Pengarah Cawangan Pembangunan Potensi, mewakili Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Beliau diiringi oleh  Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Program ini merupakan inisiatif strategik kementerian untuk mendekatkan golongan belia dengan institusi masjid melalui pelbagai aktiviti bermanfaat. Antara pengisian utama termasuklah gotong-royong penyediaan bubur lambuk, aktiviti kerohanian, dan Majlis Khatam Al-Quran yang menghimpunkan wakil belia dari kesemua 12 bahagian di Sarawak.

Kehadiran pucuk pimpinan dari peringkat persekutuan dan negeri ini membuktikan komitmen tinggi dalam memperkasakan gaya hidup Rakan Muda yang seimbang dari sudut rohani dan jasmani. Program ini bukan sahaja menyemarakkan syiar Ramadan, malah memperkukuh perpaduan "Unity in Diversity" dalam kalangan anak muda Sarawak.

Sebagai tuan rumah, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan bersama pengurusan Masjid Al-Malik menzahirkan penghargaan atas penglibatan aktif semua pihak yang menjayakan agenda transformasi belia ini di peringkat negeri.

#TeamKBS

#JBSNBersama

#MalaysiaMADANI

#ihsanMADANI

#HarungiBersama

#pbsdsamarahan

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 29-04-2026, 20:34:16

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search