- JBS Sarawak
- Hits: 63
SEMANGAT REWANG WARNAI PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2026- KHATAM AL-QURAN DI MASJID AL-MALIK, TAMAN UNIGARDEN, KOTA SAMARAHAN
- JBS Sarawak
- Hits: 63
Disediakan Oleh: NL
SAMARAHAN, 13 Mac 2026 – Perkarangan Masjid Al-Malik, Taman Unigarden bertukar meriah hari ini dengan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk sempena Program Rakan Muda Ramadan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dengan kerjasama Masjid Al-Malik ini menyaksikan penglibatan aktif pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM) Zon Sarawak, para pelajar dan kakitangan GIATMARA Kota Samarahan, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Samarahan yang turun padang menyumbang tenaga seawal jam 8.00 pagi.
Aktiviti berkonsepkan 'rewang' ini merangkumi penyediaan bahan, memasak, sehinggalah kepada proses pembungkusan dan edaran bubur lambuk kepada komuniti setempat. Selain penyediaan juadah tradisi, aspek kebersihan persekitaran masjid turut menjadi fokus utama bagi memastikan kelancaran majlis khatam yang berskala besar ini.
Kehadiran sukarelawan daripada pelbagai latar belakang ini bukan sahaja membantu melancarkan persiapan tempat, malah memperkukuh ukhuwah serta nilai murni dalam kalangan belia sempena 23 Ramadan 1447H.
Kerjasama erat antara agensi kerajaan, institusi pendidikan, dan pihak masjid ini membuktikan komitmen komuniti Samarahan dalam menjayakan program kerohanian di peringkat negeri Sarawak.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbsdsamarahan
