MAJLIS AGIHAN SIMBOLIK BUBUR LAMBUK SEMPENA PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2026

MAJLIS AGIHAN SIMBOLIK BUBUR LAMBUK SEMPENA PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2026

Disediakan Oleh: NL

SAMARAHAN, 13 Mac 2026– Semangat ukhuwah Ramadan disemarakkan lagi melalui penganjuran Program Rakan Masjid X Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 yang berlangsung meriah di Masjid Al-Malik, Taman Unigarden, di sini, semalam.

Majlis tersebut menyaksikan simbolik agihan bubur lambuk yang disempurnakan oleh Residen Bahagian Samarahan, En. Mohd Irwan Bin Bahari Bujang, sejurus selesai menunaikan solat Jumaat.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dengan kerjasama pihak pengurusan Masjid Al-Malik ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara golongan belia dan institusi masjid, selain menyuburkan budaya bersedekah sepanjang bulan suci ini.

Kehadiran En. Mohd Irwan nyata memberi inspirasi kepada komuniti setempat, khususnya para belia yang terlibat dalam menjayakan program agihan tersebut kepada para jemaah dan penduduk sekitar.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pengisian kalendar Ramadan peringkat negeri bagi memastikan peranan masjid terus diperkasa sebagai pusat penyatuan ummah dan pembangunan sahsiah anak muda di Sarawak.

#TeamKBS

#JBSNBersama

#MalaysiaMADANI

#ihsanMADANI

#HarungiBersama

#pbsdsamarahan

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search