- JBS Sarawak
- Hits: 19
PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan Oleh: NL
SAMARAHAN,13 Mac 2026 - Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 yang berlangsung di Masjid Al-Malik, Taman Unigarden, kelmarin berjaya menghimpunkan golongan belia dalam usaha menyemarakkan syiar Islam di negeri ini.
Dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dengan kerjasama Masjid Al-Malik, program yang diadakan bersempena 23 Ramadhan itu bertujuan memperkukuh ukhuwah serta mendekatkan golongan muda dengan institusi masjid melalui aktiviti kerohanian yang santai.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, YB Datuk Hajah Rubiah binti Wang.
Dalam ucapannya, beliau memuji inisiatif tersebut yang dilihat sebagai platform terbaik untuk membentuk jati diri belia yang berakhlak mulia di samping mengimarahkan bulan suci Ramadhan dengan pengisian yang bermanfaat.
Kehadiran ramai anak muda dalam program itu membuktikan komitmen belia Sarawak dalam menyokong aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan, sekali gus memperlihatkan peranan masjid sebagai pusat penyatuan komuniti.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbsdsamarahan
