- JBS Sarawak
- Hits: 26
Program Rakan Muda Ramadan Meriahkan Surau Darul Ibadah
- JBS Sarawak
- Hits: 26
Disediakan oleh: MCG,PBSB SIBU
SIBU, 15 MAC 2026 – Program Rakan Muda Ramadan telah berjaya diadakan di Surau Darul Ibadah dengan penglibatan aktif golongan belia dan komuniti setempat. Program dimulakan dengan aktiviti tadarus Al-Quran yang bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan peserta.
Selain itu, program turut diserikan dengan sesi penyerahan sumbangan kepada golongan yang memerlukan sebagai tanda keprihatinan dan semangat kebersamaan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara berbuka puasa secara berjemaah dalam suasana penuh harmoni.
Penganjuran program ini diharap dapat memupuk nilai murni serta memperkukuh hubungan silaturahim antara belia dan masyarakat setempat.
#MalaysiaMADANI
#PBSBSibu
#rakanmuda
