- JBS Sarawak
- Hits: 23
Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bhg Sibu 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 23
Disediakan Oleh : MCG,PBSBSIBU
SIBU 14 MAC 2026 – Program Rakan Muda Ramadan telah berjaya diadakan di Surau Darul Ukhuwah Kemuyang dengan penglibatan golongan belia dan komuniti setempat dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadan melalui aktiviti kerohanian.
Program dimulakan dengan sesi tadarus Al-Quran yang disertai oleh para peserta. Aktiviti ini bertujuan menggalakkan pembacaan Al-Quran secara berkumpulan di samping mengeratkan ukhuwah dalam kalangan peserta.
Sesi kemudiannya diteruskan dengan majlis khatam Al-Quran sebagai simbolik penutup kepada bacaan Al-Quran yang telah dilaksanakan sepanjang program.
Penganjuran Program Rakan Muda Ramadan ini diharap dapat memberi peluang kepada golongan belia untuk mengisi bulan Ramadan dengan aktiviti yang bermanfaat serta meningkatkan penghayatan terhadap nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
#MalaysiaMadani
#PBSBSibu
#rakanmuda
