- JBS Sarawak
- Hits: 24
Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Sibu 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan Oleh: MCG,PBSBSIBU
SIBU 13 MAC 2026 – Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Sibu 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Kolej Vokasional Sibu dan Surau An-Najihin. Program ini dianjurkan bagi mengimarahkan bulan Ramadan di samping menggalakkan penglibatan golongan belia dalam aktiviti kerohanian.
Program dimulakan dengan aktiviti Tadarus Al-Quran yang melibatkan para peserta daripada kalangan belia serta wakil penganjur. Aktiviti ini bertujuan memupuk semangat kebersamaan serta memperkukuhkan penghayatan terhadap bacaan Al-Quran sepanjang bulan Ramadan.
Program diteruskan dengan majlis Khatam Al-Quran sebagai simbolik penamat kepada sesi tadarus yang telah dilaksanakan. Majlis ini berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran dan keharmonian.
Penganjuran program ini diharap dapat memberi impak positif kepada golongan belia dalam menghayati nilai-nilai murni serta memperkukuhkan hubungan silaturahim antara komuniti, institusi pendidikan dan pihak penganjur. Selain itu, program seumpama ini juga menjadi platform untuk memperkasakan penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.
#MalaysiaMadani
#rakanmuda
#PBSBSibu
