Amalan Membaca Al-Quran Di Bulan Puasa

Amalan Membaca Al-Quran Di Bulan Puasa

Amalan Membaca Al-Quran Di Bulan Puasa
Disediakan oleh:  MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 17 Mac 2026 – Masjid Darul Ibadah, Kampung Kudei Lama merupakan lokasi terakhir untuk aktiviti tadarus sempena bulan Ramadan tahun ini.  PBSB Kuching dengan kerjasama pengurusan masjid telah mengadakan tadarus untuk belia di sekitar kawasan pada 13 Mac 2026 yang lalu. Tadarus ialah amalan membaca, memahami dan saling memperbaiki bacaan Al-Quran secara berkumpulan. Amalan ini sangat digalakkan dalam Islam, terutamanya pada bulan Ramadan. Peserta dapat mendekatkan diri kepada Allah kerana sentiasa berinteraksi dengan Al-Quran, kitab suci umat Islam dan menambah kefahaman Al-Quran itu sendiri. Tadarus bukan sekadar membaca, tetapi juga memahami maksud ayat. Ini membantu umat Islam menghayati ajaran Islam dengan lebih mendalam di samping memperbaiki bacaan (tajwid) masing-masing.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanEkspresi

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search