Membentuk Generasi Yang Berakhlak Dan Berilmu

Membentuk Generasi Yang Berakhlak Dan Berilmu

Membentuk Generasi Yang Berakhlak Dan Berilmu
Disediakan oleh:  MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 17 Mac 2026 – Masjid dan surau merupakan salah satu tempat untuk membentuk generasi yang berakhlak dan berilmu.  Sepanjang bulan Ramadan anak muda digalakkan untuk menyertai aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh pihak masjid dan surau. Pada tahun ini, PBSB Kuching dengan kerjasama pihak pengurusan Surau Bandarsah Kampung No.2 telah mengadakan tadarus Al-Quran pada 12 Mac 2026 yang melibatkan belia-belia di kawasan sekitarnya. Penglibatan anak muda dalam tadarus ini dapat membentuk sahsiah diri di samping mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.  Selain daripada mengeratkan hubungan silaturahim, program ini juga dapat membentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanEkspresi

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search