- JBS Sarawak
- Hits: 22
Kunjungan Hormat Timbalan Menteri KBS kepada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 22
Disediakan oleh : RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 16 Mac 2026 – YB Tuan Mordi Anak Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak di Bilik Mesyuarat Melur, KPWK hari ini.
Turut hadir mesyuarat tersebut adalah Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Encik Awangku Adi Azwan Awangku Bolhassan, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan OKU, JBSN Sarawak.
Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan isu semasa berkaitan pembangunan sukan Orang Kurang Upaya (OKU) di Sarawak serta memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua kementerian dalam memperkasa penyertaan atlet OKU.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk usaha menyelesaikan isu penyertaan atlet OKU dalam Para Sukma, memperluas peluang penyertaan atlet dalam program pembangunan sukan serta memperkasa bakat atlet OKU agar mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Pertemuan ini turut menekankan kepentingan kerjasama berterusan antara agensi berkaitan bagi memastikan pembangunan sukan inklusif dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh demi kesejahteraan komuniti OKU di Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
