- JBS Sarawak
- Hits: 14
Kelab Belia Bestari Bandar Miri jayakan Program Agihan Bubur Lambuk 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan oleh: Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 16 MAC 2026 – Program Agihan Bubur Lambuk 2026 yang dianjur oleh Kelab Belia Bestari Bandar Miri dengan kerjasama Sayap Pemuda SUPP Cawangan Pujut telah dilaksanakan 14 Mac 2026 di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Miri.
Program amal tahunan kelab belia ini menghimpunkan belia pelbagai kaum untuk bekerjasama memasak bubur lambuk bersama warga PAWE dan mengagihkannya kepada keluarga yang memerlukan dalam komuniti sekitar kawasan Pujut. Turut hadir ke program tersebut ialah Yang Berhormat Tuan Adam Yii Siew Sang, Datuk Bandar Miri merangkap ADUN N.74 Pujut dan Encik Roley anak Lagir serta warga Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri sebagai tanda sokongan kepada Kelab Belia Bestari Bandar Miri.
Program ini menarik ramai sukarelawan yang bertungkus-lumus sejak jam 9 pagi untuk menyediakan bahan-bahan dan memasak 300 hidangan. Pengagihan bermula pada jam 4.00 petang, dengan keutamaan diberikan kepada warga emas dan golongan dari keluarga berpendapatan rendah.
Program tersebut diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama para sukarelawan dan warga PAWE juga diadakan di PAWE Miri. Majlis itu bukan sahaja mengeratkan hubungan antara masyarakat tetapi juga mencerminkan keharmonian dan kepelbagaian budaya di Sarawak. Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan syabas dan tahniah di atas penganjuran program amal tersebut.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbmiri
