- JBS Sarawak
- Hits: 34
Sesi Perbincangan Bersama Jurulatih Program 'Biggest Loser' Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2026 Peringkat Negeri Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 34
Disediakan oleh: Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 16 MAC 2026 – Sesi perbincangan bagi merangka pelan aktiviti dan latihan bersama jurulatih Program 'Biggest Loser' Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2026 Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan di Pejabat Belia Sukan Bahagian Miri, sebentar tadi. Encik Spancer Biondy dari Perbadanan Sukan Sarawak Zon Utara dan Encik Andy Anthony Hajok dilantik sebagai jurulatih dan pakar rujuk bagi program tersebut yang bakal berlangsung dari 18 April hingga 22 Ogos 2026 di IKBN Miri dan di beberapa lokasi lain sekitar Bandaraya Miri.
Sasaran peserta bagi program ini adalah seramai 200 orang dalam kategori berat badan berlebihan atau obesiti dengan BMI (indeks jisim badan) 25 hingga 34.9 ke atas. Pemenang bagi kategori lelaki dan wanita akan mendapat hadiah berupa wang tunai RM1,500 untuk johan, RM800 bagi tempat kedua dan RM300 (tempat ketiga). Sesi pendaftaran akan dibuka dalam masa terdekat melalui sosial media Facebook Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbmiri
