- JBS Sarawak
- Hits: 34
Bahagian Miri Dipilih Laksana Program 'Biggest Loser' Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2026 Peringkat Negeri Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 34
Disediakan Oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 16 MAC 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Sarawak melalui Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri akan menganjurkan program penurunan berat badan, 'Biggest Loser' Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2026 peringkat negeri yang bakal berlangsung dari 18 April hingga 22 Ogos 2026.
Sebagai persediaan awal, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri, Encik Roley anak Lagir dan Encik Roger Danny, Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSB Miri telah mengadakan pertemuan dengan Tuan Mohamad Mazlan bin Haji Anis, Pengarah IKBN Miri dan Encik Kaya bin Raju, Timbalan Pengarah (HEP) IKBN Miri bagi membincangkan penetapan lokasi sesi timbang pra dan pasca program serta beberapa sesi lain yang akan dilaksanakan di IKBN Miri.
Program itu terbuka secara percuma kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 hingga 60 tahun yang menetap di Sarawak khususnya di Bahagian Miri, Bintulu Mukah, dan Limbang. Program ini dilaksanakan bagi mempromosi gaya hidup sihat, melahirkan masyarakat yang sihat dan aktif, membantu peserta mengamalkan pemakanan sihat serta menyokong penurunan berat badan secara selamat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
