- JBS Sarawak
- Hits: 15
Mukah Sertai Program Rakan Muda Ramadhan X Rakan Masjid Peringkat Sarawak 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 15
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 16 MAC 2026 – Program Rakan Muda Ramadhan X Rakan Masjid Peringkat Sarawak 2026 telah diadakan pada 13 Mac 2026 bertempat di Masjid Al-Malik, Taman Unigarden Kota Samarahan. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi mengimarahkan bulan Ramadhan termasuk Majlis Khatam Al-Quran pada sebelah petangnya. Program telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Rubiah Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Bahagian Mukah turut tidak ketinggalan menyertai majlis khatam al-quran yang dianjurkan oleh pihak jabatan bersama para peserta dari bahagian lain. Encik Mohammad Khairul Ikhwan Mohammad telah mewakili bahagian Mukah ke program tersebut. Beliau turut diiringi Puan Noorlina Mirais, Pegawai Unit Rakan Muda Mukah. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohammad Khairul Ikhwan atas kerjasama dan komitmen tinggi yang diberikan sepanjang program.
