- JBS Sarawak
- Hits: 11
Khatam Al-Quran Rakan Muda Ramadhan X Rakan Masjid di Masjid Darul Huda, Kampung Kuala Lama Mukah
- JBS Sarawak
- Hits: 11
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 16 MAC 2026 – Khatam Al-Quran Rakan Muda Ramadan X Rakan Masjid telah dilaksanakan pada 14 Mac 2025 di Masjid Darul Huda, Kampung Kuala Lama, Mukah. Program anjuran Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Huda, Kampung Kuala Lama Mukah dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah melibatkan para belia dan masyarakat setempat. Program yang dianjurkan adalah untuk mengimarahkan masjid sepanjang bulan Ramadhan selain mengeratkan ikatan ukhuwah sesama muslim.
Majlis tersebut telah dihadiri Encik Mohammad Arbi Rosli, mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan beliau turut menyampaikan cenderamata kepada peserta yang terlibat. Pejabat berharap program ini memberi impak positif ke arah pembangunan sahsiah belia terutama aspek menuntut ilmu agama dalam meningkatkan kemahiran belia dalam mempelajari Al-Quran. Terima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Huda, Kampung Kuala Lama Mukah atas kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan program. Syabas dan tahniah diucapkan.
