- JBS Sarawak
- Hits: 12
Agihan Juadah ‘Sungkei’ Program Imarah Ramadhan Kem Belia Mukah 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 12
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 16 MAC 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah dijemput bersama ke Program Agihan Juadah ‘Sungkei’ Program Imarah Ramadhan Kem Belia Mukah 2026 pada 13 Mac 2026 bertempat di Depan Kem Belia Mukah, Jalan Oya, Mukah. Program anjuran Kem Belia Mukah tersebut telah dihadiri Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah bersama Encik Mohammad Arbi Rosli dan Puan Hatijah Halidi.
Program telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, ADUN N.57 Tellian. Beliau turut bersama-sama mengagihkan juadah makanan kepada pengguna kenderaan di kawasan tersebut. Program turut dimeriahkan dengan kehadiran agensi-agensi lain di Mukah seperti, PDRM, JPJ Mukah, AADK Mukah, Giatmara Mukah, MYSED Mukah dan Ketua Masyarakat. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan pihak Kem Belia Mukah ke program tersebut.
