Sukan Slingshot Semakin Digemari

Sukan Slingshot Semakin Digemari

Sukan Slingshot Semakin Digemari
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 16 Mac 2026 – Lastik moden atau lebih dikenali sebagai slingshot telah kegemaran masyarakat masa kini. Bermula sebagai permainan biasa, sekarang ianya telah dijadikan salah satu aktiviti rekreasi yang diangkat dalam bentuk pertandingan. Pertandingan slingshot memerlukan ketepatan, fokus dan kawalan tangan. Sukan slingshot ialah aktiviti menembak objek sasaran menggunakan lastik dengan peluru kecil seperti bebola besi atau batu kecil dari jarak tertentu.

Pada 11 Mac 2026 yang lalu, tiga orang wakil dari PBSB Kuching iaitu Puan Joyce Anyie, Encik Muhamad Arif Zulhilmi Alet dan Puan Pamela Connie Eddie Saga telah mengikuti Bengkel Slingshot anjuran JBSN Sarawak bertempat di kafetaria KOMBES dengan kerjasama Kelab Slingshot Victory, Kuching. Bengkel ini dianjurkan untuk memberi pendedahan, kemahiran dan memberi latihan teknik asas seperti cara memegang slingshot, cara membidik dan keselamatan penggunaan di samping meningkatkan kemahiran dan ketepatan sasaran peserta melalui latihan praktikal.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanAktif

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search