Penyertaan Wakil Bahagian Kuching Ke RMR Peringkat Negeri Sarawak 2026

Penyertaan Wakil Bahagian Kuching Ke RMR Peringkat Negeri Sarawak 2026

Penyertaan Wakil Bahagian Kuching Ke RMR Peringkat Negeri Sarawak 2026
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 16 Mac 2026 – Saudara Seif Aniq Nazran Amirullah Nasution telah mewakili Bahagian Kuching ke program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sarawak 2026 pada 13 Mac 2026 bertempat di Masjid Al-Malik, Taman Unigarden, Kota Samarahan. Pada sebelah pagi, aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk yang diketuai oleh pihak pengurusan masjid. Selepas sembahyang Jumaat, program Khatam Al-Quran dimulakan yang disertai oleh semua wakil daripada setiap Bahagian, pelajar SMK Muara Tuang, peserta dari Institut Pengajian Tafaqquh Fiddin dan Tahfiz al Makki, Kota Samarahan. Turut hadir ke program ini ialah Encik Lamat Nyalau, Pengarah JBSN Sarawak, pegawai dan kakitangan ibu pejabat, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian-Bahagian.  PBSB Kuching telah diwakili oleh Puan Joyce Anyie selaku Pegawai Unit Rakan Muda.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanEkspresi

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search