PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN BAHAGIAN SARIKEI 1447H: TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN

Disediakan Oleh : Zulfadhli, JBSN Sarawak.

SARIKEI, 14 Mac 2026 – Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Bahagian Sarikei 1447H telah mengadakan aktiviti Tadarus dan Khatam Al-Quran yang melibatkan penyertaan golongan belia serta komuniti setempat. Aktiviti ini diadakan bagi menggalakkan umat Islam, khususnya generasi muda, untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran sepanjang bulan Ramadan. Aktiviti ini telah dijalankan di ruang solat masjid Al-Muttaqin Sarikei.

Melalui program ini, para peserta bersama-sama membaca dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran sebelum majlis diakhiri dengan sesi khatam Al-Quran. Penganjuran aktiviti ini diharap dapat memupuk kecintaan terhadap Al-Quran serta mengimarahkan masjid dengan pengisian rohani yang bermanfaat sepanjang bulan yang mulia ini.

#TeamKBS

#JBSNBersama

#MalaysiaMADANI

#ihsanMADANI

#HarungiBersama

#Teampbs6d

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search