- JBS Sarawak
- Hits: 35
PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN BAHAGIAN SARIKEI 1447H : PERTANDINGAN AZAN
- JBS Sarawak
- Hits: 35
Disediakan Oleh : Zulfadhli, JBSN Sarawak.
SARIKEI, 14 Mac 2026 – Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Bahagian Sarikei 1447h turut menganjurkan Pertandingan Azan bagi mencungkil bakat serta meningkatkan keyakinan golongan belia dalam memperdengarkan laungan azan dengan betul dan merdu. Pertandingan ini mendapat penyertaan daripada belia dan kanak-kanak sekitar yang menunjukkan minat serta semangat dalam mempelajari seni laungan azan. Pertandingan ini telah dijalankan di masjid Al- Muttaqin Sarikei.
Melalui program ini, para peserta bukan sahaja dapat mengasah bakat, malah didedahkan dengan teknik dan adab melaungkan azan dengan baik. Penganjuran pertandingan ini diharap dapat memupuk minat generasi muda untuk terus mendekati masjid serta mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti bermanfaat.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
