- JBS Sarawak
- Hits: 14
PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN BAHAGIAN SARIKEI 1447H : AKTIVITI MENYEDIAKAN BUBUR LAMBUK
- JBS Sarawak
- Hits: 14
Disediakan Oleh : Zulfadhli, JBSN Sarawak.
SARIKEI, 14 Mac 2026 – Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Bahagian Sarikei 1447h telah menganjurkan aktiviti menyediakan bubur lambuk secara gotong-royong dengan penglibatan guru dan pibg Sekolah Kebangsaan Abang Haji Matahir Sarikei, jawatankuasa masjid serta komuniti setempat. Aktiviti ini bertujuan memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim antara belia dan masyarakat setempat. Aktiviti ini telah diadakan di dewan serbaguna Sekolah Kebangsaan Abang Haji Matahir Sarikei.
Melalui program ini, ratusan pek bubur lambuk berjaya disediakan sebelum diagihkan kepada jemaah masjid dan penduduk sekitar bagi juadah berbuka puasa. Penganjuran program ini juga diharap dapat menyemai semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia serta menghidupkan peranan masjid sebagai pusat perpaduan komuniti sepanjang bulan Ramadan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
