- JBS Sarawak
- Hits: 10
PESERTA SARIKEI HADIR PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT SARAWAK 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 10
Disediakan Oleh : M Johari, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 13 Mac 2026 : Bahagian Sarikei telah menghantar wakil iaitu Sdr. Chairul Azlan bin Mohd Johari bagi menyertai Majlis Khatam Al-Quran, Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 2026 bertempat di Masjid Al- Malik, UniGarden, Samarahan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak melalui Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan bersama rakan strategik.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hjh. Rubiah bin Hj. Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan. Hadir bersama ialah YBrs. Tuan Muazamir bin Hj. Jili, mewakili Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Turut hadir dari Bahagian Sarikei ialah En. Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dan Tn. Hj. Abdul Rani bin Hj. Jemi, Pembantu Cawangan Pembangunan Sukan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
