- JBS Sarawak
- Hits: 24
SESI RAPTAI PENUH PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN SARIKEI 1447H
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan Oleh : Zulfadhli, JBSN Sarawak.
SARIKEI, 13 Mac 2026 – Satu sesi raptai penuh telah diadakan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Sarikei 1447H. Aktiviti ini melibatkan penyertaan urus setia program, jawatankuasa program serta wakil jawatankuasa masjid yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Melalui sesi raptai ini, para peserta diberi penerangan mengenai atur cara program, pembahagian tugas serta pergerakan sepanjang majlis berlangsung. Aktiviti ini diadakan bagi memastikan setiap pihak memahami peranan masing-masing sekaligus menjamin kelancaran program yang akan berlangsung pada 14 Mac 2026 bertempat di masjid Al- Muttaqin Sarikei.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
