- JBS Sarawak
- Hits: 23
PBSB SARIKEI MENYANTUNI JEMPUTAN KE MAJLIS JUH SUNGKEY SEMPENA PROGRAM WORLD #QURANHOUR 2026 BAGI BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 23
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 11 Mac 2026 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah menyantuni jemputan bagi menghadiri Majlis Juh Sungkey sempena Program World #QuranHour 2026 Peringkat Bahagian Sarikei yang dianjurkan oleh Pejabat Residen Bahagian Sarikei. Program tersebut telah diadakan di Masjid Al-Muttaqin, Sarikei.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah diwakili oleh Puan Jamaika binti Marciano dan Encik Abdul Rani bin Jemi bagi menghadiri majlis tersebut.
Program ini bertujuan untuk mengimarahkan aktiviti keagamaan di samping menggalakkan penghayatan Al-Quran serta memperkukuh nilai-nilai kerohanian dalam kalangan masyarakat setempat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d
