Rakan Muda Ramadan Di Masjid Al Hakim

Rakan Muda Ramadan Di Masjid Al Hakim

Rakan Muda Ramadan Di Masjid Al Hakim
Disediakan oleh:  MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 11 Mac 2026 – Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan amat dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Sempena bulan yang mulia ini, program Rakan Muda Ramadan (RMR) Bahagian Kuching diteruskan lagi di Masjid Al Hakim, Kampung Muda Hashim pada 10 Mac 2026. Program ini bertujuan untuk menggalakkan golongan belia mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat. Melalui program bertadarus al-Quran di masjid, para peserta dapat membaca dan memahami isi kandungan al-Quran secara bersama-sama. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memupuk minat belia untuk mendekatkan diri kepada ajaran agama.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanEkspresi

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search