- JBS Sarawak
- Hits: 6
Mesyuarat Penyelarasan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sarawak 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 6
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 10 Mac 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSN Sarawak) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sarawak 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Santubong, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, dengan tujuan memastikan kelancaran pelaksanaan program yang akan diadakan pada 13 Mac 2026 di Masjid Al-Malik, Taman Unigarden, Kota Samarahan.
Turut hadir ialah wakil daripada Bahagian Pembangunan Belia, Bahagian Pembangunan Sukan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda serta Cawangan Pentadbiran dan Perkhidmatan dan Cawangan Kewangan bagi membincangkan penyelarasan tugasan dan persiapan program.
Mesyuarat ini diadakan bagi memastikan setiap perancangan program berjalan dengan teratur, sekali gus menjamin kelancaran pelaksanaan program tersebut.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
