Mesyuarat Sempena Program Imarah Ramadhan 2026 Kem Belia Mukah

Mesyuarat Sempena Program Imarah Ramadhan 2026 Kem Belia Mukah

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 10 MAC 2026 – Mesyuarat Sempena Program Imarah Ramadhan 2026 Kem Belia Mukah telah diadakan pada 9 Mac 2026  bertempat di Tingkat1, Bilik Mesyuarat, Dewan Suarah Mesra Mukah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Satar Smawi, Pengetua Kem Belia Mukah dengan melibatkan agensi berkaitan dan ketua masyarakat di daerah Mukah.

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut dan telah dihadiri Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Antara agenda mesyuarat ialah perutusan pengerusi, taklimat ringkas program daripada urusetia dan perbincangan tentative program. Program akan dilaksanakan pada 13 Mac 2026 bertempat di Kem Belia Mukah.  

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search