- JBS Sarawak
- Hits: 20
Surau Darul Solihin, MRSM Mukah Imarahkan Bulan Ramadan 1447H
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 10 MAC 2026 – Program Rakan Muda Ramadan X Rakan Masjid Peringkat Bahagian Mukah Tahun 2026 telah dilaksanakan di Surau Darul Solihin, MRSM MUkah pada 1-8 Mac 2026. Aktiviti bertadarus telah dilaksanakan dengan melibatkan penyertaan belia berumur 13-30 tahun seramai 191 orang dari maktab tersebut. Program bertadarus atau membaca Al-Quran sangat dituntut dalam Islam di sepanjang Ramadan bagi menghidupkan bulan tersebut bersama amalan-amalan yang lain.
Puan Noorlina selaku Pegawai Penyelaras Program mewakili pejabat mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada pihak MRSM Mukah terutama kepada Pengetua MRSM Mukah atas kerjasama serta sokongan penuh dalam pelaksanaan program dengan jayanya. Pejabat berharap program ini dapat mengeratkan ikatan ukhuwah antara belia yang terlibat seterusnya sedikit sebanyak memberi impak positif ke arah pembangunan sahsiah belia.
