- JBS Sarawak
- Hits: 23
TAKLIMAT PROGRAM BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 23
Disediakan oleh : MNN, JBSN Sarawak
KUCHING, 03 Mac 2026 – Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah mengadakan satu sesi taklimat berkaitan program bahagian pembangunan belia tahun 2026 yang diadakan secara atas talian yang menghimpunkan pegawai-pegawai belia dan sukan bahagian.
Ucapan pendahuluan telah di sampaikan oleh Puan Hafizah Binti Dahlan, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan taklimat program ini disampaikan oleh Encik Abdul Zamrie Bin Randim, Ketua Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Taklimat yang berlangsung dalam suasana penuh komitmen dan profesionalisme itu bertujuan memperincikan hala tuju, perancangan strategik serta fokus utama program pembangunan belia bagi tahun 2026 selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Pelan Strategik Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Antara pengisian utama taklimat adalah program-program di bawah Cawangan Pembangunan Sosial, Cawangan Kepimpinan Sahsiah dan Cawangan Pembangunan Ekonomi. Selain itu, taklimat ini juga menjadi platform penyelarasan KPI, mekanisme pemantauan serta penambahbaikan setiap program yang dilaksanakan memberi impak langsung kepada pembangunan belia Sarawak secara holistik dan mampan.
Penganjuran taklimat ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan dalam memperkukuh ekosistem pembangunan belia yang progresif, inklusif dan relevan dengan cabaran semasa, sekali gus memastikan belia Sarawak terus berdaya saing, berintegriti dan bersedia mendepani landskap masa hadapan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamBelia
#JBSNSarawak
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
