Program Bicara AKRAB Siri 1/2026 "Keseronokan Bekerja Bermula Daripada Kita"

Program Bicara AKRAB Siri 1/2026 "Keseronokan Bekerja Bermula Daripada Kita"

Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak 

BETONG, 4 Mac 2026 – Kementerian Belia dan Sukan hari ini telah menganjurkan Program Bicara Akrab Siri 1/2026 "Keseronokan Bekerja Bermula Daripada Kita" yang berlangsung secara dalam talian dan disertai oleh warga kerja dari pelbagai jabatan. 

Program bicara ini telah disampaikan oleh Encik Mohamad Fuad bin Mohd Ali, Pegawai Psikologi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sesi perkongsian tersebut memberi penekanan kepada kepentingan mengawal emosi ketika bekerja, mengelakkan tindakan melulu, serta mengekalkan sikap positif dalam melaksanakan tugasan harian. Beliau turut menekankan kepentingan menggunakan common sense dalam membuat keputusan agar setiap tindakan yang diambil adalah rasional dan profesional.

Kakitangan dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong juga turut serta dalam program bicara ini. Diharapkan segala ilmu dan perkongsian yang disampaikan dapat diaplikasikan dalam tugasan harian demi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni, positif dan produktif.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search