- JBS Sarawak
- Hits: 28
LAWATAN TAPAK PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN X RAKAN MASJID TAHUN 2026M/1447H BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 28
Disediakan Oleh : Zulfadhli, JBSN Sarawak.
SARIKEI, 03 Mac 2026 – Satu lawatan tapak bagi Program Rakan Muda Ramadan X Rakan Masjid Tahun 2026M/1447H telah diadakan di Bahagian Sarikei bagi memastikan persiapan program berjalan lancar dan teratur. Lawatan tersebut melibatkan urusetia serta jawatankuasa pelaksana bagi meninjau lokasi cadangan program, kemudahan sedia ada serta keperluan logistik sepanjang pelaksanaan aktiviti Ramadan nanti.
Antara perkara yang diberi perhatian termasuk susun atur tempat, aspek keselamatan, kemudahan peserta serta kesesuaian lokasi bagi aktiviti seperti tadarus al-Quran, Khatam al-Quran, Pertandingan Azan dan agihan bubur lambuk sempena bulan ramadan bulan yang mulia. Diharap dengan lawatan ini dapat memastikan pelaksanaan program berjalan dengan lebih sistematik dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
